Persoalan yang masih tetap ku menanyakan pada diri aku,
sentiasa aku hurai kan pelbagai jawapan,
tapi masih tetap Persoalan yg sama telah ku tuju pada diri aku,
Namun jua, tetap ku beri jawapan yg sama sepertimana ku lafazkan sebelum ini dgn soalan yang sama..
'Kenapa Masih Setia Menunggu?'
'Kenapa harus engkau Cinta hanya dia?
'Kenapa sedemikian , sedangkan di tatapan Mata beribu gadis jelita?'
'Berjuta wanita yang mampu dikau tawani hati mereka, tapi Kenapa tetap jua hanya si dia?'
berulang kali jawapan ku,
'Kerna ku masih Cinta , Kerna ku masih Sayang, Kerna ku Tahu Masih ada wujudnya Cinta antara kita bersama, Masih ada percikan api yang menyinari , hanya perlu sabar, pabila tiba masanya itu, Api itu marak menyala! kehangatan Cinta bersama dia..'
MENGAPA??
Persoalan ini jua ligat bermain di fikiran,
Berkucar kacir dalam fikiran ,
Merebak merata seperti Virus yang tiada penawar.
sama jua Soalan yang sedikit beza, tapi yang pasti Cinta itu keutamaan...
'Mengapa dikau 'Bodoh' berkelakuan demikian?'
'Mengapa masih engkau menanti Cinta yg samar-samar kelihatan?'
'Mengapa tetap jua dikau Cinta dia yang endahkan kehadiran kau selama ini?'
'Ya aku 'Bodoh' kerna Cinta dia, aku 'Bodoh' kerna menanti dia walaupun kelihatan segalanya samar-samar,
walau kehadiran ku selama ini di endahkan, di ketepikan dengan jentikan jari sahaja,kehidupan cerita Cinta ku sekadar dibayangi, tetap aku masih Berdiri tanpa Berganjak akan langkah ku ini, di mana dia Tinggalkan daku, disitu jua tetap aku Berdiri tegak Menanti, kerna aku tahu, dia tetap jua kembali melihat langkah yang dia telah lalui, tetap jua berpatah balik seakan dia telah tersilap arah perjalanan...'
BILA?
Persoalan seakan Cepumas buat diriku,
Tanpa Ragu ku jawap,
Tanpa Resah ku beri jawapan,
Dengan penuh Keyakinan daku beri jawapan buat diriku..
'Bila akan kau mengambil langkah?'
'Bila akan kau membuat demikian?'
'Bilakah kau?'
'Bila itu tidak dapat ku berikan masa dan tempat dengan tepat, Kerna segalanya ketentuan Illahi , segalanya ketentuan Allah, Pabila tiba suatu masa itu, akan ku berbuat demikian dengan sarungnya Cincin di jari jemari dia, jodoh Allah tetapkan, namun jua, Doa permintaan HambaNya sentiasa Allah dengari, Allah penentuan segala jalan cerita hidup kita, hidupnya kita, bernafasnya kita, matinya kita.. termasuk jugalah akan Cerita Cinta kita'

'Walau sakit ku melihat, walau tangisnya diriku melihat, tiada yang tahu akan apa ku lalui, hanya Allah maha mengetahui segalanya. Namun jua, tetap ku menanti, tetap ku Cinta walau hanya sementara, Selagi dikau tidak dimiliki, selagi itu Cinta disini menanti mu akan sambut bersama kita ke 'Jannatul Firdaus' "